MENGENAI KAMI

SE7EN dilahirkan dengan cara yang tidak dijangka.
Yeam berhasrat membantu mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan. Tanpa disedari, struktur bisnes yang digunakan berjaya dikembangkan.

Kami berdua (Ramlan dan Yeam), percaya bahawa mana-mana pelaburan komersil, pulangan pelaburan (ROI) amat penting, Namun, nilai keusahawanan ini haruslah memberikan manfaat kepada pengeluar dan pengedar. Perjalanan korporat kami telah banyak mengajar kami untuk bangkit dan belajar daripada kesilapan, dan sentiasa maju ke hadapan

Hari ini, dengan sokongan padu daripada tenaga kerja yang komited, SE7EN berjaya diletakkan bersama pesaing - pesaing lain dalam keadaan pasaran yang amat kompetitif. Fasiliti kami bertapak di Pusat Inkubator UPM-MTDC, di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang.

RAYT Enterprise juga telah menerima persijilan Halal dari JAKIM bagi produk SE7EN. Kami berbesar hati dengan kejayaan dan kemajuan yang telah kami capai dalam tempoh 6 bulan sejak RAYT Enterprise ditubuhkan. Kami juga bekerjasama dengan UPM, MTDC, FAMA, JAKIM & UPM HPRI bagi meningkatkan kualiti SE7EN dan memastikan yang SE7EN sentiasa mematuhi prinsip HALAL.

Adakah anda berminat? Marilah bersama menjadi ahli keluarga SE7EN. Jangan bazirkan masa! Ayuh DAFTAR SEGERA!

Kilang baru di Universiti Putra Malaysia dibina bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi

Terletak di Lembah Silikon Pusat Teknologi UPM-MTDC, Serdang, fasiliti SE7EN yang baru ini berperanan sebagai kilang penghasilan dan juga pusat edaran utama dengan keluasan 3,000 kaki persegi dan dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi. Teknologi penghasilan terkini dan mesin moden turut digunakan bagi menampung peningkatan permintaan.

 
 

RAYT ENTERPRISE DI DADA AKHBAR!

Petikan dari Harian Metro, July 9 2014

Labur RM350,000

Rayt Enterprise Sdn Bhd melabur RM350,00 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran produk minuman kesihatan jenama SE7EN di Pusat Teknologi Universiti Putra Malaysia - Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (UPM-MTDC) sejak Mei lalu.

SERTAI KAMI SEBAGAI PENGEDAR SE7EN HARI INI. BANTU KOMUNITI DAN DIRI ANDA BERSAMA SE7EN.

Minuman kesihatan Healthy Remedy SE7EN kini boleh didapati di Malaysia

Kongsikan berita gembira ini bersama keluarga dan sahabat handai. Bimbing komuniti anda ke arah hidup yang lebih sihat, dan jana pendapatan bersama dengan SE7EN.